Friday, July 31, 2009

Ragam manusia..

0 constructive comments

Ragam 1:
Lela kerja sebagai ketua dan Lela ada beberapa orang anak buah di bawahnya iaitu, Suri dan Ika.. Lela selalu menentukan jadual kerja tanpa berbincang dengan anak2 buahnya terlebih dahulu. Jadual yang disediakan pasti berat sebelah. Lela juga sering memberikan kerja2 luar kepada anak2 buahnya di saat akhir tanpa mengambil kira kesebukan dan kesenggangan anak2 buahnya. Setelah hampir lebih 10 tahun masalah ini berlanjutan, akhirnya Suri terlepas geram.. Maka sejak itu, Lela tidak menegur atau menyapa Suri lagi. Suri berasa tidak selesa. Tetapi dalam masa yang sama, Suri rasa lega. Kerana Lela tidak lagi membulinya.

Ragam 2:
Lim merupakan tuan punya kedai Runcit Ah Lim. Lim menggaji seorang pekerja yang benar-benar memerlukan pekerjaan. Beliau adalah Din. Din bekerja dengan sangat komited dan rajin. Yang menariknya, Din mempunyai kemahiran dalam membuat akaun. Tetapi Lim telah menyuruh Din membuat kerja-kerja stor dan menyemak stok barang2 di dalam stor. Gaji yang tidak setimpal diberikan kepada Din, walhal Din melakukan kerja2 yang berat, tanggungjawab yang tak setimpal dengan gaji yang diterima. Tetapi Din pasrah, kerana Din merasakan satu hari nanti Din akan berjaya dengan pengalaman2 yang Din dapat di situ.

Ragam 3:
Qira merupakan seorang suri rumah yang lembut hatinya. Qira telah membenarkan suaminya berkahwin 1 lagi dengan alasan supaya suaminya tidak berbuat maksiat. Qira sendiri menghadiri majlis pernikahan suaminya. Qira nampak gembira tetapi pada malam hari, Qira berendam air mata. Sejak suaminya berkahwin lain, Qira telah jatuh sakit. Suaminya, balik beberapa jam sahaja setiap hari, sekadar cukup syarat, kemudian balik ke rumah isteri muda dan tidur di rumah isteri muda. Qira berdikari sendiri. Ke klinik sendiri, makan apa yg ada, dan menagis setiap kali solat. Suaminya tetap berperangai teruk. Tiada perubahan, malah lebih teruk. Bilakah Qira akan dapat mengecap nikmat bahagia? Sabar mengiringi Qira.

>> Seandainya 3 ragam ini berlaku serentak dalam hidup anda. Apa agaknya yang anda lakukan? Hmmmm....

>> Semoga sesiapa saja yang mengalami ketiga-tiga ragam ini dikurniakan ketabahan hati yang tinggi dan kecekalan jiwa..




Monday, July 27, 2009

SESERI oooohhh SESERI...

0 constructive comments

Aku dengan selamatnye dah kembali ke sekolah...
Sebulan takde.. Berkursus.. Terlalu banyak perubahan yang dah belaku..
>Ketua Pelajar dah bertukar..
>Pengawas, PRS, Nur Imtiaz, Quarter Master, Pengawas PSS - semua dah bertukar..
>Ada beberapa pelajar aku yang dah pindah..
>Berita2 and gosip2 terkini..
>Hal pak guard yang kelaka..
Macam2..

Now :
> Tanda kertas exam form 4 (2 bundle)
> Update profile pelajar 5 Adioda untuk sijil berhenti sekolah dorang

Selasa (28/07) :
> Appointment facial @ Aster Spring

Rabu (29/07) :
> Duty warden

Khamis (30/07) :
> In charge for LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan) dibantu oleh cikgu Hadi dan Cikgu Azura..

Jumaat (31/07) :
> Duty warden

Tu la senrai kerja aku for this whole week.. quit gile kentang gak la.. hahaha.. Tapi tak pe.. Ni dah kira ok lah ni..

Ok lah.. Nak sambung menanda kertas.. Baru menanda 6-7 helai.. kau dah berangin dah.. Ramai yang jawab merapu- merepek-meraban!

Lagi 1.. aku terkejut dengar apa yg students aku cakap semalam.. Muka aku jadi backgroud slide show penceramah subjek Sejarah dorang.. Ayoyo.. Malu nye.. Anyway.. Its such an honour for me.. Thanx a lot to the Penceramah yang baik hati itu.. =)

Ok lah Ain! Back to work!

Enjoy this picture!




Saturday, July 25, 2009

Datuk Siti Nurhaliza Taruddin

2 constructive comments

Wah...
Nama penuh lagi aku letak.. hahaha..

Aku ni nak story sket la.. Aku tak berapa suke beli album lagu mana2 artis unless aku konfem ada lebih dari 5 lagu yang sedap didengar dalam sesuatu album tu..

So.. sepanjang hidup aku (dah 24 tahun hidup.. Alhamdulillah..) hmm.. aku hanya beli album dari seorang artis saja (album Melayu).. iaitu.. seperti yang tertera di atas.. Siti Nurhaliza.. Sebab? Dia tak pernah menghampakan telinga aku.. hihihi.. (macam kelakar je bunyik 'telinga aku'.. =P)

Then, baru-baru ni, aku ada beli album Jason Mraz.. Sebab aku yakin separuh daripada lagu2 dalam album dia, sedap menjadi santapan telinga aku..


Besides that.. Yang aku nak beli tapi tak terbeli2.. Album Avril Lavigne, Gwen Stefani, and Black Eyed Peas.. Banyak lagu dorang yang mantop2.. So, tak rugi la beli CD original.. If setakat 1, 2 lagu je yang hitz and sedap.. Tak payah beli album lah.. Dengar kat radio je dah cukup.. Tak pun download je.. Hihihi..

Masa zaman2 sekolah dulu.. Aku ni gila habeh kat Backstreet Boys.. Especially mamat berambut belah tengah.. Nick Carter.. Hahahaha.. Memang kelakar bila ingat balik kisah lama.. So, album2 BSB mesti aku beli.. Tapi dulu beli kaset.. CD tak popular lagi time tu.. Hihihi..

Hmm.. Back to the Main Topic.. Siti Nurhaliza..

Dia akan keluarkan 1 album kerohanian (keagamaan..) seminggu before Ramadhan..
> Asmaul Husna
> Ketika Cinta (my feveret song!)
> Batasku Asaku
> Selawat Atas Nabi
> Tahajjud Cinta
and banyak lagi..

Tajuk album tu Tahajjud Cinta.. Aku mesti beli.. Mesti sedap CT alunkan Asmaul Husna tu.. Dengan lenggok2 CT, ditambah lemak lunak suara CT.. Hmm..

Ok lah.. I want to sleep.. Esok kena bertugas as a warden kat SESERI.. huhuhu.. Hari minggu yang tak besh.. pasrah...

Thursday, July 23, 2009

i need space.. (not MySpace!)

1 constructive comments

aku perlukan masa, ruang dan waktu untuk berfikir dengan tenang dan lebih baik tentang kehidupan aku.. hmm..

23/07/2009 tarikh yg buat aku rasa tak best.. 1 kisah sedih melanda hidup dan diri aku.. 1 kisah sedih yang aku tak dapat cerita dan kongsi dengan sesapa pon.. Akan aku pendam cerita ini untuk diri aku sendiri..

Suasana sayu dalam rumah aku.. Macam mana ye nak huraikan.. Susah sikitlah.. Ops! Bukan sikit ye.. Susah banyak..

Aku rasa nak lari jauh... Ke suatu tempat yang takde sape pon kenal aku.. Aku nak berehat dan bernafas dengan tenang tanpa gangguan pemikiran yang serabut.. Bila ye bole buat begitu.. Entah la..

Bila hati tak tenang.. Apa yang perlu aku buat ye?
>> Vacation? --> No time...
>> Games? --> Bored
>> Sleep? --> Sampai bile nak tido?
>> Entertainment? --> Dah nak muntah dgr lagu n tgk VCD/DVD..
>> Mengaji Al-Quran? --> Hmm.. I think thats it.. Aku nak cari ketenangan dengan meneroka kitab Allah s.w.t..

Harap2.. aku mencapai ketenangan hati tanpa gangguan mana2 pihak.. aku nak mengasingkan diri.. nak isolate myself.. so that maybe i can make myself better..

Aku off
~~ Facebook
~~ Friendster
~~ MySpace
~~ Tagged
~~ Twitter
~~ Hi5
for a while... until i find my'true'self..

Tapi aku ON this blog.. Supaya aku tak gile kejang sunyi keseorangan..

test 123

1 constructive comments

hello..
im using Flock blog post editor rite now..

  • juz want to test..
=)
Blogged with the Flock Browser

Tuesday, July 14, 2009

Tiket Harry Potter......

2 constructive comments


Sepanjang hari dalam Lab Computer kat Maktab Perguruan Cheras tu.. Aku memang tak senang duduk.. Memikirkan tiket Harry Potter.. Hihihi..

Today aku mintak kat lecturer nak balik awal 30 minit.. Sebab aku ada temujanji.. Hehe.. Dengan Aster Spring lah.. Kol 5 ptg.. Lecturer tu mengizinkannya.. SO, kol 4.00pm, aku bertolak balik.. Kol 4.35pm sampai Jaya Jusco Keramat, terus buat treatment muka aku.. Saja awalkan, boleh balik awal..

Kenapa nak balik awal?? Sebab nak gi beli tiket Harry Potter awal lah..

Habis treatment kol 6.15pm.. Aku call mak, suruh mak siap.. Aku nak ajak mak teman aku ke Pavilion.. Hihihi.. Kitorang sampai je.. Lengang.. Takde orang nak beli tiket wayang.. Then, aku pun beli ar tiket kol 9.00 malam hari Khamis.. Tengok dengan tunang terchenta lah..

Then, aku nak beli tiket untuk hari Ahad ni, coz aku nak tengok dengan kawan2 pulak.. Tapi GSC Pavilion kata, dia belum open for sale lagi.. Hari Jumaat baru open untuk tiket hari Ahad..

Aku dengan gile nya, ajak mak gi TGV KLCC plak.. Sama gak macam Pavilion, lengang.. Takde orang tengok wayang.. Hihi.. Aku pun, beli lah 5 tiket (baik punye seat tengah!) kol 1.30 pm hari Ahad ni.. Yeah.. yeah! Tak payah susah2 beratur lagi.. Tiket dalam genggaman...

Aku memang suka tengok cerita Harry Potter.. Sebab aku suka cerita yang ada unsur magic.. Macam Bewitched dan Charmed (siries kat NTV7, tapi now dah takde).. Hehe..

Ok lah...
Semoga Harry Potter tak menghampakan aku.. Walaupun D............ mati.. Aku harap Harry Poter 7 nanti dia hidup balik.. (Magic kan boleh buat macam2..) Ok.. Tata titi tutu..

Saturday, July 11, 2009

Zikir Asma' Al-Husna Hari Ini..

0 constructive comments

ZIKIR UNTUK MELEMBUTKAN HATI MANUSIA

Hati yang keras perlu dilembutkan agar hati individu tersebut tersentuh untuk memberikan bantuan, menghulurkan kemaafan tanpa dendam, menerima kebenaran, dan bersetuju dengan perkara yang baik..

Bagi melembutkan hati yang keras ini, saya rasa hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu menolong kita.. Iaitu dengan mendekatkan diri dengan-Nya, serta menyebut nama-nama-Nya yang indah..

1) Ya Rahim - Sesiapa yang menyebutnya sebanyak 100 kali setiap hari maka insya-Allah, Allah s.w.t akan melembutkan hatinya dan diwujudkan perasaaan kasih sayang di antara sesama manusia..

2) Ya Malik - Sesiapa yang berhasrat menemui orang-orang yang berkedudukan tinggi daripadanya (Ibu, Bapa, Kakak, Abang, Boss etc.) untuk menyampaikan hasrat atau permintaan maka ucapkanlah zikir ini di setiap tempat dan waktu.. Insya-Allah beliau akan dihormati dan memperoleh layanan yang sewajarnya daripada orang tersebut..

3) Ya Wadud - Sesiapa yang mengucapkan zikir ini sebanyak 1001 kali dengan niat, agar musuhnya kembali menjadi kawannya, insya-Allah orang-orang yang membencinya akan kembali menjadi baik kepadanya..

4) Ya Rauf - Sesiapa yang mengucapakan zikir ini sebanyak 10 kali ketika marah, insya-Allah marahnya akan segera reda. Seandainya dia sedang dimarahi oleh seseorang maka kemarahan orang itu akan berkurang dan dengan izin Allah s.w.t, kemarahan orang itu akan berhenti sama sekali.

Wallahualam..


P/S: Aku sekarang ni sedang mempraktikkan zikir yang ke-2.. Semoga Allah permudahkan segala-galanya.. Amin..

11 Berita Gembira from PM (sempena 100 hari beliau jadi PM)

0 constructive comments

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUALA LUMPUR 11 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 berita gembira untuk rakyat Malaysia sempena 100 hari pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.

11 perkara tersebut ialah:-

1. Kadar tol diberi diskaun 20 peratus untuk pengguna yang berulang alik ke tempat kerja menggunakan lebuh raya bertol.

2. 44,000 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan dijual kepada penyewanya.

3. Diskaun 50 peratus untuk pembaharuan lesen peniaga kecil di Wilayah Persekutuan.

4. Lesen untuk pemandu teksi, 7,000 permit teksi individu dan 3,000 lagi akan diluluskan dalam tempoh tiga bulan akan datang

5. Langkah drastik kurangkan jenayah dan perangi rasuah.

6. Pendaftaran kelahiran dipermudahkan terutama di Sabah dan Sarawak.

7. 34,000 permohonan kewarganegaraan 46 peratus selesai dan bakinya hujung tahun ini

8. Kemudahan jalan dipertingkatkan di Sabah dan Sarawak.

9. Bekalan air Sabah dan Sarawak diperluaskan.

10. Amanah Saham 1Malaysia dengan 10 bilion unit ditawarkan.

11. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda kaum India.

- Utusan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Wah.. Berita yang nombor 1 tu sangat lah menggemirakan aku.. From Keramat nak ke SM Sains Seri Puteri (SESERI), aku lalu ikut Highway DUKE.. Sebab tak jam.. Tapi tol kena bayar RM2.00 sekali lalu.. So.. Everyday aku bayar RM4.00 kat kerajaan Malaysia..

RM4.00 x 5 hari (weekday) = RM20.00

RM20.00 x 4 minggu = RM80.00

Hmm.. Setiap bulan aku kena top up smart TAG aku, sebanyak RM80.. Belum masuk minyak yer tuan-tuan dan puan-puan.. Fuh.. Memang sakit..

Maka dengan itu.. Berita gembira PM tu memang sangat lah menggembirakan hidup aku selepas ni.. =)

Setelah dikira dengan kalkulator henfon aku.. Sebulan aku perlu spend RM64.00 sahaja.. Wah.. Memang jimat banyak tu.. Terima kasih PM kerana sangat prihatin.. Lain kali, bagi lah diskaun 50% pulak.. hehe.. Free ke.. Hehehe.. (Bagi betis, nak peha yer aku nih??)

*UPDATE : Aku tak dapat lah.. Sebab 40 kali je dalam sebulan lalu tol.. 80 kali lalu baru dapat.. huhuhu..


Thursday, July 9, 2009

Main-main TAG..

0 constructive comments

Aku amik TAG ni dari Marzuki.. The owner of Blog Menjerit a.k.a Blog DilarangMelarang..


01. Bekas kekasih saya adalah : *saya tak mau jawab. Ada hati yg perlu dijaga. =)
02. Saya sedang mendengar : bunyik kipas dalam bilik saya.
03. Mungkin saya patut: biarkan je kipas tu berbunyik.
04. Saya suka : berfikir sampai kadang2 menyusahkan hidup saya.

05. Sahabat-sahabat baik saya : ada 6 semuanya.
06. Saya tak paham : kenapa saya kena pergi kursus sebulan tu.
07. Saya kehilangan : semangat nak kawin. Hahaha.. =P
08. Ramai yang berkata : PPSMI dah dimansuhkan tu bagus.
09. Makna nama saya : Cahaya..
10. Cinta itu adalah : penawar bagi semua penyakit saya. =)

11. Di suatu tempat, Seseorang sedang : berteduh dkt Klang Lama sebab hujan sangat lebat. (Tunang den lah... Hehe.. =P)
12. Saya akan cuba : jadi orang yang penyabar dan tersabar.
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud : forever.
14. Telefon bimbit saya : Sony Ericsson F305 (putih) and Nokia 3500 classic (hitam).
15. Bila saya terjaga dari tidur : saya akan duduk sambil pejam mata dan urut tapak kaki saya. Habit! Huhu..

16. Saya paling meluat apabila : saya tengok 'dia'. tak tau kenapa.
17. Pesta/Parti adalah : majlis yang membuatkan kita lupa pada Tuhan. =)
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : rabbit.
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : Masa Form 5 (2002). Kalau lah leh ulang balik. Bestnyer..
20. Hari ini : Saya rasa nak demam, tapi dah ok sket.

21. Malam ini saya akan : surf internet dan pk nak makan ape.
22. Esok pula saya akan : Pegi PICC dengan yang terchenta.
23. Saya betul-betul inginkan : sebuah perkahwinan hujung tahun ni. Tapi tak dpt. =(
24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : Emm.. Apa ni? Ooo.. Yang baru la ni.. Semalam takde.. Hari ni ada pulak..
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan : Pusat membeli-belah la.

26. Makanan Barat atau Jepun : Barat, Thai, Melayu Utara.
27. Bilik yang terang atau gelap : Gelap.
28. Makanan segera adalah : makanan ruji saya masa di UPM. hahaha..
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? : Bye.
30. Tag ini datang dari :
Marzuki @ DilarangMelarang


Sesiapa yang baca, sila jawab TAG ini..
=)

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuhkan..

1 constructive comments

Science And Maths In BM And Mother Tongue In 2012

PUTRAJAYA, July 8 (Bernama) - The teaching and learning of science and mathematics in national schools will revert to the Malay language effective 2012.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said the teaching and learning of the two subjects in Chinese and Tamil national-type schools would be carried out in their respective mother tongue.

Muhyiddin, who is also the Education Minister, said the cabinet today approved the suggestion by the ministry to empower the Malay language and strengthen the teaching and learning of the English language at all levels of schooling.

"This strategy was drawn up based on the study and monitoring carried out by the Education Ministry on the teaching and learning of science and mathematics in English since the policy was implemented in 2003," he said when making the announcement at the Education Ministry, here on Wednesday.

The first group of students who studied science and mathematics in the English language since Year One sat for their Ujian Penilian Sekolah Rendah (UPSR) last year.

Muhyiddin said the implementation of the policy of using the Malay language in the teaching of the two subjects would be carried out in stages in Year One and Year Four in the primary school and Form One and Form Four in the secondary school beginning in 2012.

However, he said, the change would not involve students in Form Six and matriculation class.

He said in order to ensure that the implementation of the new strategy did not affect the achievement of students who were taught the two subjects in English, the teaching of and examination for the two subjects would be conducted in both languages until the last batch of students who were taught in English completed in 2014.

He said the government made the decision after scrutinising the outcome of studies and surveys carried out on the teaching and learning of the two subjects in English which showed that it could not be implemented as desired.

"What is implemented is the teaching and learning of science and mathematics in English/Malay languages," he said.

Muhyiddin said monitoring by the ministry last year found that only a small group of teachers were using English language fully in the teaching of science and mathematics.

"On the average, the percentage of English usage is between 53 and 58 per cent out of the total time allotted for science and mathematics," he said.

In addition, he said, only a small group of mathematics and science teachers in secondary and primary schools who took the English language Proficiency Level Evaluation test last year achieved the proficiency level.

He said the precentage of students who scored grades A, B, and C for the science subject in the UPSR last year had dropped from 85.1 per cent to 82.5 per cent for the urban schools and from 83.2 per cent to 79.7 per cent for rural schools.

"For mathematics, the achievement of urban schools dropped from 84.8 per cent to 80.9 per cent while the achievement of rural students dropped from 80.9 per cent to 77 per cent," he said.

He said the gap in achievement between urban and rural schools in science and mathematics was becoming wider when the PPSMI (teaching and learning of science and mathematics in English) was implemented.

--BERNAMA


Ya.. Aku belum sempat merasa elaun PPSMI.. Dah dimansuhkan..

Ada yang happy dan ada yang tak puas hati.. Pada pandangan aku.. Kita perkasakanlah dulu penguasaan Bahasa Inggeris rakyat Malaysia sebelum mengambil langkah mengajar subjek penting Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris..

Seperti kata seorang Profesor tersohor UPM Kampus Serdang, Prof. Madya Dr. Mat Rofa bin Ismail.. Beliau mewakili Malaysia ke Pertandingan Matematik Peringkat Dunia beberapa tahun lalu.. Dan beliau memberitahu kami di dalam kuliah (subjek Falsafah Sains), bahawa yang mendapat tempat pertama dan kedua dalam pertandingan tersebut merupakan negara-negara yang Matematiknya diajar dalam bahasa negara mereka.. *Kalau aku tak silap, Jepun dan Rusia.. (Hampir lupa.. Maaf)

Aku sendiri belajar Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Fizik, Biologi dan Kimia di dalam Bahasa Malaysia.. Aku amik SPM tahun 2002.. Kira era milenium lah lagi tu.. Ok je.. Aku dan kawan2 aku jadik orang je.. Aku mampu tengok cerita Inggeris kat TV tanpa bergantung dengan sari kata BM.. Aku boleh menghadiri lecture di UPM selama 4 tahun yang 80% daripada lecture aku dalam BI.. OK je pointer aku.. Padahal family aku menggunakan BM 100% di rumah.. Ada campur loghat utara 50%.. Hahaha..

Maka dengan itu.. Walau apa pun keputusan kerajaan, aku sebagai seorang guru Matematik sekolah SBP menerima dengan hati yang terbuka.. Tanpa apa-apa rungutan.. Bagi aku mereka dah buat kajian bertahun-tahun dan dah berbincang, bermesyuarat berkali-kali.. Kerajaan lebih tahu apa yang terbaik untuk rakyat mereka..

Harap-harap prestasi pelajaran pelajar luar bandar kita akan meningkat selepas ini.. Pada pandangan aku, mereka lah yang paling gembira dengan keputusan pemansuhan PPSMI ni..

Aku tahu sebahagian guru-guru kat SM Sains Seri Puteri pasti kurang senang dengan keputusan pemansuhan PPSMI ni.. Takpe.. Sabar ye cikgu-cikgu..

=)

Saturday, July 4, 2009

Kursus Sebulan...

0 constructive comments

Hmm..
Aku now ni ngah dalam mood berkursus selama sebulan.. Actually, 2 bulan.. 1 bulan kat Institut Perguruan Ilmu Khas (IPIK), Cheras and 1 bulan lagi kat sekolah aku..


Nama kursus : "Kursus Dalam Latihan 4 minggu Guru Bestari"
Kump Sasaran : 25 orang cikgu dari sekolah2 bestari, or 'hampir' bestari di serata KL..
Tempoh Kursus : 29/06 - 24/07/2009
Tempat : Makmal Bestari, IPIK, Cheras..
Masa : 8.00am - 4.30pm (Isnin - Khamis), 8.00am - 12.30pm (Jumaat)


Kursus ni diadakan bertujuan untuk memperkasakan konsep pembestarian sekolah.. How to apply ICT dalam classroom supaya sekolah and pelajar dapat digelar 'bestari'.. Then, bila aku pulang ke school nanti.. Aku kena sampaikan ilmu2 yang aku dapat ni pada cikgu2 lain pulak.. Supaya dorang pun leh apply the same thing apa yang aku dah belajar selama 4 minggu nanti..

Aku agak hepi sebenarnye coz dapat gi kursus ni.. Sebab aku disuruh mengadap laptop sepanjang tempoh kursus & learn new software pastu dpt make new fren.. Cam best ar.. Rasa tenang je.. Tak stress macam kat skolah.. Hahaha..

Dalam 25 orang tu.. Kitorang kena wat group ikut subjek yang kitorang ajar kat skolah.. So, ada 5 group..
~ Mathematics (my group!)
~ Pendidikan Agama Islam..
~ Bahasa Malaysia
~ Bahasa Inggeris
~ Sains

Actually ada 2 org cikgu PJK and sorang cikgu KH.. Tapi dorang tepaksa masuk group subjek lain.. Coz sume kerja mesti wat dalam group at least 3 org.. Sbb kerja nya agak banyak.. Ala-ala assignment la.. Everyday akan ada assignment, tapi settle kan kat situ gak.. Takde 'homework' la kirenye..

Aku risaukan jugak anak2 murid aku.. Yang Form 4 tak masuk chapter 7 lagi.. Yang Form 5 tak abeh silibus lagi.. Trial SPM dah dekat (5/8).. Adoi..

Tapi mujur la ada cikgu2 math lain yang ganti.. Cikgu Hadi amik 2 kelas.. Mr Wong amik 2 kelas.. Lega sket aku..

P/S: Sakit pale la.. Toing.. Toing.. =S