Sunday, July 12, 2009

Marahnya aku!


Ya Allah Ya Rabbi..
Marahnya aku ni..

Tak pernah aku rasa kemarahan sehebat ini.. Hebatnya dugaan yang Kau berikan kepada hamba-Mu yang sangat-sangat-sangat lemah ini, Ya Allah..

Mengapa Ya Allah, Kau uji aku sebigini rupa?

Tiada kata yang boleh digambarkan betapa marahnya aku. Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang.. Kau lembutkanlah hati dia, Ya Allah. Kau buka lah pintu hatinya supaya terbuka minda dan pemikirannya dalam menerima kebenaran dan kebaikan..

Dia begitu keras dan tegas dengan keputusannya. Tanpa memikirkan akibatnya kepada pihak lain. Dia begitu lantang menyuarakan kehendaknya. Tanpa menimbang kebaikan yang bakal berlaku. Mengapa Ya Allah? Mengapa?

Ya Allah.. Kau berikanlah hamba-Mu ini kekuatan paling maksima dalam menghadapi keputusan dia yang aku tak mungkin dapat terima.
Ya Allah aku merayu pada-Mu Ya Allah..................................................
LEMBUTKANLAH HATINYA....................

Janganlah Kau timbulkan rasa yang tidak enak ini terhadap dia, Ya Allah..
Hindarilah aku dari perasaan ini, Ya Allah..

Saturday, July 11, 2009

Zikir Asma' Al-Husna Hari Ini..

0 komen

ZIKIR UNTUK MELEMBUTKAN HATI MANUSIA

Hati yang keras perlu dilembutkan agar hati individu tersebut tersentuh untuk memberikan bantuan, menghulurkan kemaafan tanpa dendam, menerima kebenaran, dan bersetuju dengan perkara yang baik..

Bagi melembutkan hati yang keras ini, saya rasa hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu menolong kita.. Iaitu dengan mendekatkan diri dengan-Nya, serta menyebut nama-nama-Nya yang indah..

1) Ya Rahim - Sesiapa yang menyebutnya sebanyak 100 kali setiap hari maka insya-Allah, Allah s.w.t akan melembutkan hatinya dan diwujudkan perasaaan kasih sayang di antara sesama manusia..

2) Ya Malik - Sesiapa yang berhasrat menemui orang-orang yang berkedudukan tinggi daripadanya (Ibu, Bapa, Kakak, Abang, Boss etc.) untuk menyampaikan hasrat atau permintaan maka ucapkanlah zikir ini di setiap tempat dan waktu.. Insya-Allah beliau akan dihormati dan memperoleh layanan yang sewajarnya daripada orang tersebut..

3) Ya Wadud - Sesiapa yang mengucapkan zikir ini sebanyak 1001 kali dengan niat, agar musuhnya kembali menjadi kawannya, insya-Allah orang-orang yang membencinya akan kembali menjadi baik kepadanya..

4) Ya Rauf - Sesiapa yang mengucapakan zikir ini sebanyak 10 kali ketika marah, insya-Allah marahnya akan segera reda. Seandainya dia sedang dimarahi oleh seseorang maka kemarahan orang itu akan berkurang dan dengan izin Allah s.w.t, kemarahan orang itu akan berhenti sama sekali.

Wallahualam..


P/S: Aku sekarang ni sedang mempraktikkan zikir yang ke-2.. Semoga Allah permudahkan segala-galanya.. Amin..

11 Berita Gembira from PM (sempena 100 hari beliau jadi PM)

0 komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUALA LUMPUR 11 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 berita gembira untuk rakyat Malaysia sempena 100 hari pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.

11 perkara tersebut ialah:-

1. Kadar tol diberi diskaun 20 peratus untuk pengguna yang berulang alik ke tempat kerja menggunakan lebuh raya bertol.

2. 44,000 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan dijual kepada penyewanya.

3. Diskaun 50 peratus untuk pembaharuan lesen peniaga kecil di Wilayah Persekutuan.

4. Lesen untuk pemandu teksi, 7,000 permit teksi individu dan 3,000 lagi akan diluluskan dalam tempoh tiga bulan akan datang

5. Langkah drastik kurangkan jenayah dan perangi rasuah.

6. Pendaftaran kelahiran dipermudahkan terutama di Sabah dan Sarawak.

7. 34,000 permohonan kewarganegaraan 46 peratus selesai dan bakinya hujung tahun ini

8. Kemudahan jalan dipertingkatkan di Sabah dan Sarawak.

9. Bekalan air Sabah dan Sarawak diperluaskan.

10. Amanah Saham 1Malaysia dengan 10 bilion unit ditawarkan.

11. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda kaum India.

- Utusan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Wah.. Berita yang nombor 1 tu sangat lah menggemirakan aku.. From Keramat nak ke SM Sains Seri Puteri (SESERI), aku lalu ikut Highway DUKE.. Sebab tak jam.. Tapi tol kena bayar RM2.00 sekali lalu.. So.. Everyday aku bayar RM4.00 kat kerajaan Malaysia..

RM4.00 x 5 hari (weekday) = RM20.00

RM20.00 x 4 minggu = RM80.00

Hmm.. Setiap bulan aku kena top up smart TAG aku, sebanyak RM80.. Belum masuk minyak yer tuan-tuan dan puan-puan.. Fuh.. Memang sakit..

Maka dengan itu.. Berita gembira PM tu memang sangat lah menggembirakan hidup aku selepas ni.. =)

Setelah dikira dengan kalkulator henfon aku.. Sebulan aku perlu spend RM64.00 sahaja.. Wah.. Memang jimat banyak tu.. Terima kasih PM kerana sangat prihatin.. Lain kali, bagi lah diskaun 50% pulak.. hehe.. Free ke.. Hehehe.. (Bagi betis, nak peha yer aku nih??)

*UPDATE : Aku tak dapat lah.. Sebab 40 kali je dalam sebulan lalu tol.. 80 kali lalu baru dapat.. huhuhu..


Thursday, July 9, 2009

Main-main TAG..

0 komen

Aku amik TAG ni dari Marzuki.. The owner of Blog Menjerit a.k.a Blog DilarangMelarang..


01. Bekas kekasih saya adalah : *saya tak mau jawab. Ada hati yg perlu dijaga. =)
02. Saya sedang mendengar : bunyik kipas dalam bilik saya.
03. Mungkin saya patut: biarkan je kipas tu berbunyik.
04. Saya suka : berfikir sampai kadang2 menyusahkan hidup saya.

05. Sahabat-sahabat baik saya : ada 6 semuanya.
06. Saya tak paham : kenapa saya kena pergi kursus sebulan tu.
07. Saya kehilangan : semangat nak kawin. Hahaha.. =P
08. Ramai yang berkata : PPSMI dah dimansuhkan tu bagus.
09. Makna nama saya : Cahaya..
10. Cinta itu adalah : penawar bagi semua penyakit saya. =)

11. Di suatu tempat, Seseorang sedang : berteduh dkt Klang Lama sebab hujan sangat lebat. (Tunang den lah... Hehe.. =P)
12. Saya akan cuba : jadi orang yang penyabar dan tersabar.
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud : forever.
14. Telefon bimbit saya : Sony Ericsson F305 (putih) and Nokia 3500 classic (hitam).
15. Bila saya terjaga dari tidur : saya akan duduk sambil pejam mata dan urut tapak kaki saya. Habit! Huhu..

16. Saya paling meluat apabila : saya tengok 'dia'. tak tau kenapa.
17. Pesta/Parti adalah : majlis yang membuatkan kita lupa pada Tuhan. =)
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : rabbit.
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : Masa Form 5 (2002). Kalau lah leh ulang balik. Bestnyer..
20. Hari ini : Saya rasa nak demam, tapi dah ok sket.

21. Malam ini saya akan : surf internet dan pk nak makan ape.
22. Esok pula saya akan : Pegi PICC dengan yang terchenta.
23. Saya betul-betul inginkan : sebuah perkahwinan hujung tahun ni. Tapi tak dpt. =(
24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : Emm.. Apa ni? Ooo.. Yang baru la ni.. Semalam takde.. Hari ni ada pulak..
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan : Pusat membeli-belah la.

26. Makanan Barat atau Jepun : Barat, Thai, Melayu Utara.
27. Bilik yang terang atau gelap : Gelap.
28. Makanan segera adalah : makanan ruji saya masa di UPM. hahaha..
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? : Bye.
30. Tag ini datang dari :
Marzuki @ DilarangMelarang


Sesiapa yang baca, sila jawab TAG ini..
=)

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuhkan..

0 komen

Science And Maths In BM And Mother Tongue In 2012

PUTRAJAYA, July 8 (Bernama) - The teaching and learning of science and mathematics in national schools will revert to the Malay language effective 2012.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said the teaching and learning of the two subjects in Chinese and Tamil national-type schools would be carried out in their respective mother tongue.

Muhyiddin, who is also the Education Minister, said the cabinet today approved the suggestion by the ministry to empower the Malay language and strengthen the teaching and learning of the English language at all levels of schooling.

"This strategy was drawn up based on the study and monitoring carried out by the Education Ministry on the teaching and learning of science and mathematics in English since the policy was implemented in 2003," he said when making the announcement at the Education Ministry, here on Wednesday.

The first group of students who studied science and mathematics in the English language since Year One sat for their Ujian Penilian Sekolah Rendah (UPSR) last year.

Muhyiddin said the implementation of the policy of using the Malay language in the teaching of the two subjects would be carried out in stages in Year One and Year Four in the primary school and Form One and Form Four in the secondary school beginning in 2012.

However, he said, the change would not involve students in Form Six and matriculation class.

He said in order to ensure that the implementation of the new strategy did not affect the achievement of students who were taught the two subjects in English, the teaching of and examination for the two subjects would be conducted in both languages until the last batch of students who were taught in English completed in 2014.

He said the government made the decision after scrutinising the outcome of studies and surveys carried out on the teaching and learning of the two subjects in English which showed that it could not be implemented as desired.

"What is implemented is the teaching and learning of science and mathematics in English/Malay languages," he said.

Muhyiddin said monitoring by the ministry last year found that only a small group of teachers were using English language fully in the teaching of science and mathematics.

"On the average, the percentage of English usage is between 53 and 58 per cent out of the total time allotted for science and mathematics," he said.

In addition, he said, only a small group of mathematics and science teachers in secondary and primary schools who took the English language Proficiency Level Evaluation test last year achieved the proficiency level.

He said the precentage of students who scored grades A, B, and C for the science subject in the UPSR last year had dropped from 85.1 per cent to 82.5 per cent for the urban schools and from 83.2 per cent to 79.7 per cent for rural schools.

"For mathematics, the achievement of urban schools dropped from 84.8 per cent to 80.9 per cent while the achievement of rural students dropped from 80.9 per cent to 77 per cent," he said.

He said the gap in achievement between urban and rural schools in science and mathematics was becoming wider when the PPSMI (teaching and learning of science and mathematics in English) was implemented.

--BERNAMA


Ya.. Aku belum sempat merasa elaun PPSMI.. Dah dimansuhkan..

Ada yang happy dan ada yang tak puas hati.. Pada pandangan aku.. Kita perkasakanlah dulu penguasaan Bahasa Inggeris rakyat Malaysia sebelum mengambil langkah mengajar subjek penting Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris..

Seperti kata seorang Profesor tersohor UPM Kampus Serdang, Prof. Madya Dr. Mat Rofa bin Ismail.. Beliau mewakili Malaysia ke Pertandingan Matematik Peringkat Dunia beberapa tahun lalu.. Dan beliau memberitahu kami di dalam kuliah (subjek Falsafah Sains), bahawa yang mendapat tempat pertama dan kedua dalam pertandingan tersebut merupakan negara-negara yang Matematiknya diajar dalam bahasa negara mereka.. *Kalau aku tak silap, Jepun dan Rusia.. (Hampir lupa.. Maaf)

Aku sendiri belajar Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Fizik, Biologi dan Kimia di dalam Bahasa Malaysia.. Aku amik SPM tahun 2002.. Kira era milenium lah lagi tu.. Ok je.. Aku dan kawan2 aku jadik orang je.. Aku mampu tengok cerita Inggeris kat TV tanpa bergantung dengan sari kata BM.. Aku boleh menghadiri lecture di UPM selama 4 tahun yang 80% daripada lecture aku dalam BI.. OK je pointer aku.. Padahal family aku menggunakan BM 100% di rumah.. Ada campur loghat utara 50%.. Hahaha..

Maka dengan itu.. Walau apa pun keputusan kerajaan, aku sebagai seorang guru Matematik sekolah SBP menerima dengan hati yang terbuka.. Tanpa apa-apa rungutan.. Bagi aku mereka dah buat kajian bertahun-tahun dan dah berbincang, bermesyuarat berkali-kali.. Kerajaan lebih tahu apa yang terbaik untuk rakyat mereka..

Harap-harap prestasi pelajaran pelajar luar bandar kita akan meningkat selepas ini.. Pada pandangan aku, mereka lah yang paling gembira dengan keputusan pemansuhan PPSMI ni..

Aku tahu sebahagian guru-guru kat SM Sains Seri Puteri pasti kurang senang dengan keputusan pemansuhan PPSMI ni.. Takpe.. Sabar ye cikgu-cikgu..

=)

Saturday, July 4, 2009

Kursus Sebulan...

0 komen

Hmm..
Aku now ni ngah dalam mood berkursus selama sebulan.. Actually, 2 bulan.. 1 bulan kat Institut Perguruan Ilmu Khas (IPIK), Cheras and 1 bulan lagi kat sekolah aku..


Nama kursus : "Kursus Dalam Latihan 4 minggu Guru Bestari"
Kump Sasaran : 25 orang cikgu dari sekolah2 bestari, or 'hampir' bestari di serata KL..
Tempoh Kursus : 29/06 - 24/07/2009
Tempat : Makmal Bestari, IPIK, Cheras..
Masa : 8.00am - 4.30pm (Isnin - Khamis), 8.00am - 12.30pm (Jumaat)


Kursus ni diadakan bertujuan untuk memperkasakan konsep pembestarian sekolah.. How to apply ICT dalam classroom supaya sekolah and pelajar dapat digelar 'bestari'.. Then, bila aku pulang ke school nanti.. Aku kena sampaikan ilmu2 yang aku dapat ni pada cikgu2 lain pulak.. Supaya dorang pun leh apply the same thing apa yang aku dah belajar selama 4 minggu nanti..

Aku agak hepi sebenarnye coz dapat gi kursus ni.. Sebab aku disuruh mengadap laptop sepanjang tempoh kursus & learn new software pastu dpt make new fren.. Cam best ar.. Rasa tenang je.. Tak stress macam kat skolah.. Hahaha..

Dalam 25 orang tu.. Kitorang kena wat group ikut subjek yang kitorang ajar kat skolah.. So, ada 5 group..
~ Mathematics (my group!)
~ Pendidikan Agama Islam..
~ Bahasa Malaysia
~ Bahasa Inggeris
~ Sains

Actually ada 2 org cikgu PJK and sorang cikgu KH.. Tapi dorang tepaksa masuk group subjek lain.. Coz sume kerja mesti wat dalam group at least 3 org.. Sbb kerja nya agak banyak.. Ala-ala assignment la.. Everyday akan ada assignment, tapi settle kan kat situ gak.. Takde 'homework' la kirenye..

Aku risaukan jugak anak2 murid aku.. Yang Form 4 tak masuk chapter 7 lagi.. Yang Form 5 tak abeh silibus lagi.. Trial SPM dah dekat (5/8).. Adoi..

Tapi mujur la ada cikgu2 math lain yang ganti.. Cikgu Hadi amik 2 kelas.. Mr Wong amik 2 kelas.. Lega sket aku..

P/S: Sakit pale la.. Toing.. Toing.. =S

Wednesday, June 24, 2009

...Kasih Kekasih..

0 komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tak Perlu Aku Ragui
Sucinya Cinta Yang Kau Beri
Kita Saling Kasih Mengasihi
Dengan Setulus Hati

Ayah Ibu Merestui
Menyarung Cincin Di Jari
Dengan Rahmat Dari Ilahi
Cinta Kita Pun Bersemi

Sebelum Diijabkabulkan
Syariat Tetap Membataskan
Pelajari Ilmu Rumahtangga
Agar Kita Lebih Bersedia
Menuju Hari Yang Bahgia

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku...
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan..

Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia

Semoga Cinta Kita
Di Dalam Redha Ilahi
Berdoalah Selalu
Moga Jodoh Berpanjangan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

\(^.^)/

Tuesday, June 23, 2009

Secret Recipe HALAL (from JAKIM)

0 komen


Before this..
Ada seorang kawan mengatakan Secret Recipe tu tak halal..
Mengikut kata kawan saya tu..
Secret Recipe ada letak sedikit 'arak' ke dalam kek.. Bertujuan supaya kek mereka tahan lebih lama.. Maka dengan itu.. Saya pun, dah stop makan kek Secret Recipe almost 1 year.. Tapi saya tak try cek kat JAKIM web site..

Then saya pun check la tadi..
Memang Halal lah.. Saya percaya pihak JAKIM pasti dah siasat dan selidik sehabis baik.. Maka dengan itu.. Esok saya nak gi terjah Secret Recipe.. Huhu..

Ini list yang di amik dari laman web http://www.halal.gov.my

Bil Premis Tarikh Tamat

1. ACCESS LODGE SDN BHD 14/01/2011
2. AJ ASHLEY SDN BHD 14/01/2011
3. AMAZING CAFE SDN BHD (OUG) 30/04/2012
4. AMAZING REALITY SDN BHD 14/01/2012
5. ANGGUN RAPI SDN BHD 14/01/2012
6. ASTAKA DAYA SDN BHD 14/01/2012
7. ASTAKA DAYA SDN BHD (BAYAN BARU, PULAU PINANG) 30/04/2012
8. ASTAKA DAYA SDN BHD (PLAZA GURNEY) 30/04/2012
9. ASTAKA DAYA SDN BHD (PRANGIN MALL, PULAU PINANG) 30/04/2012
10. ASTAKA DAYA SDN BHD (PULAU TIKUS, PULAU PINANG) 30/04/2012
11. BIOHEBAT SDN BHD 14/01/2012
12. BONANZA ADVANTAGE SDN BHD (JAYA ONE, SECTION 13) 30/04/2012
13. BRILLIANT LOCATION SDN BHD (SS 15/4B) 30/04/2012
14. CAKE COUSINS CAFE S/B 14/01/2012
15. CATALYST VENTURE SDN BHD (KEPALA BATAS) 30/04/2012
16. CERGAS NOBLE SDN BHD 14/01/2012
17. CERGAS NOBLE SDN BHD (THE SPRING SHOPPING MALL) 30/04/2012
18. CHAMPION POTENTIAL SDN BHD 30/04/2012
19. COSMIC DEAL SDN BHD (GIANT, KELANA JAYA) 30/04/2012
20. D'CELIA SDN BHD (CITY SQUARE JB) 30/04/2012
21. D'CELIA SDN BHD (TAMAN UNIVERSITI) 30/04/2012
22. DAILY DELIGHT CAFE (KEPONG) 30/04/2012
23. DAILY SECRETS SDN BHD 14/01/2011
24. DELI SWISS SDN BHD 14/01/2012
25. D’CELIA FOOD & CAFE SDN BHD 14/01/2011
26. EAST YIK SDN BHD 14/01/2011
27. EASY MERIT SDN BHD 14/01/2012
28. EMBUNAN MULIA SDN BHD (AEON BUKIT TINGGI) 30/04/2012
29. EMBUNAN MULIA SDN BHD (BANDAR BARU KLANG) 30/04/2012
30. EMBUNAN MULIA SDN BHD (JUSCO BUKIT RAJA,KLANG) 30/04/2012
31. EMBUNAN MULIA SDN BHD (TESCO BUKIT TINGGI) 30/04/2012
32. EVER QUALITY SDN BHD 14/01/2012
33. EVER QUALITY SDN BHD (SRI GOMBAK) 30/04/2012
34. EXCELLENT YIELD S/B 14/01/2012
35. EXCELWING SDN BHD 14/01/2012
36. EXPERT CORNER SDN BHD 14/01/2012
37. FABULOUS REVENUE SDN BHD (AMPANG POINT) 30/04/2012
38. FAMILY DELIGHT CAFE SDN BHD (ALPHA ANGLE) 30/04/2012
39. FAMILY DELIGHT CAFE SDN BHD (DESA PANDAN) 30/04/2012
40. FAMILY DELIGHT CAFE SDN BHD (TAMAN MALURI) 30/04/2012
41. FAMOUS TEMPTATION SDN BHD 14/01/2011
42. FAMOUS TREASURE SDN BHD 14/01/2012
43. FLUX FUSION SDN BHD (DAMANSARA UTAMA) 30/04/2012
44. FUSION DELIGHT SDN BHD (SEREMBAN) 30/04/2012
45. GOLDEN RECIPE SDN BHD 14/01/2012
46. GOLDEN RECIPE SDN BHD (JURU, PERAI) 30/04/2012
47. GOLDEN RECIPE SDN BHD (PERAI) 30/04/2012
48. GOURMET CULTURE SDN BHD 14/01/2011
49. GRACE EDEN SDN BHD 14/01/2011
50. HAJS VENTURES SDN BHD (THE MALL) 30/04/2012
51. HAN'S CAKES & CAFE SDN BHD (MELAKA RAYA) 30/04/2012
52. HAN'S CAKES & CAFE SDN BHD (TESCO MELAKA) 30/04/2012
53. HAN’S CAKES & CAFE SDN BHD 14/01/2011
54. HAN’S CAKES AND CAFE SDN BHD 14/01/2011
55. IMAGE VENUE SDN BHD 14/01/2011
56. JERNIH JINGGA SDN BHD 14/01/2012
57. JUBILANT CONCEPT 14/01/2012
58. JUBILANT CONCEPT SDN BHD 14/01/2012
59. JUBILANT CONCEPT SDN BHD (BANDAR INDERA MAHKOTA) 30/04/2012
60. LAM SISTERS SDN BHD 14/01/2011
61. MEGA BISTRO SDN BHD 14/01/2012
62. MODERN MUM MANUFACTURING SDN BHD 14/01/2011
63. MODERN MUM SDN BHD 14/01/2012
64. NEXUS BISTRO SDN BHD (NILAI SEREMBAN) 30/04/2012
65. NOUY-S CITARASA SDN BHD (TAMAN MELATI SETAPAK) 30/04/2012
66. NUOCEAN SDN BHD 14/01/2011
67. PASSION OF LIFE SDN BHD (SYUEN,IPOH) 30/04/2012
68. PERPETUAL REVENUE SDN BHD (GIANT,SHAH ALAM) 30/04/2012
69. PERPETUAL REVENUE SDN BHD (SEKSYEN 9, SHAH ALAM) 30/04/2012
70. PLANET NAVIGATOR SDN BHD (SG. PETANI) 30/04/2012
71. PLANET NAVIGATOR SDN BHD (VILLAGE MALL, KEDAH) 30/04/2012
72. PLENTIMILLION SDN BHD 14/01/2011
73. PRESTIGE VENUE SDN BHD 14/01/2011
74. REGAL LOCATION SDN BHD 14/01/2011
75. RELIABLE ROTARY SDN BHD 14/01/2011
76. RELIABLE ROTARY SDN BHD (SRI PETALING) 30/04/2012
77. REMARKABLE APPROACH SDN BHD 14/01/2011
78. RICH MERIDIAN SDN BHD 14/01/2012
79. SATIN PADU SDN BHD 14/01/2011
80. SATIN PADU SDN BHD (KB MALL) 30/04/2012
81. SATIN PADU SDN BHD (TESCO KOTA BHARU) 30/04/2012
82. SECRET RECEPI CAKES AND CAFE S/B (KOMPLEKS MUTIARA) 14/01/2012
83. SECRET RECIPE & CAFE SDN BHD (KLCC) 30/04/2012
84. SECRET RECIPE CAKES & CAFE (JB) SDN BHD 14/01/2012
85. SECRET RECIPE CAKES & CAFE (JB) SDN BHD 14/01/2011
86. SECRET RECIPE CAKES & CAFE (JB) SDN BHD (PERLING MALL) 30/04/2012
87. SECRET RECIPE CAKES & CAFE (JB) SDN BHD (PERMAS JAYA, JB) 30/04/2012
88. SECRET RECIPE CAKES & CAFE (JB) SDN BHD (PLAZA PELANGI,JOHOR) 30/04/2012
89. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD 14/01/2012
90. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (ALAMANDA,PUTRAJAYA) 30/04/2012
91. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (AMCORP MALL) 30/04/2012
92. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (AMPWALK) 30/04/2012
93. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (AVENUE K) 30/04/2012
94. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (BERJAYA TIMES SQUARE) 30/04/2012
95. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (BU 1) 30/04/2012
96. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (BU 2) 30/04/2012
97. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (GLENMARIE) 30/04/2012
98. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (IOI MALL) 30/04/2012
99. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (JLN BUKIT BINTANG) 30/04/2012
100. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (LEISURE MALL 1) 30/04/2012
101. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (LOT 10) 30/04/2012
102. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (LUCKY GARDEN, BANGSAR) 30/04/2012
103. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (MID VALLEY MEGAMALL) 30/04/2012
104. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (SECTION 14) 30/04/2012
105. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (SOGO 1) 30/04/2012
106. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (SOGO 2) 30/04/2012
107. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (SS2 A) 30/04/2012
108. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (SUBANG PARADE) 30/04/2012
109. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (SUNWAY PYRAMID) 30/04/2012
110. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (TAIPAN) 30/04/2012
111. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (TESCO MUTIARA DAMANSARA) 30/04/2012
112. SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (TTDI 1) 30/04/2012
113. SECRET RECIPE CAKES AND CAFE SDN BHD 14/01/2012
114. SEIRRA CAFE SDN BHD 14/01/2012
115. SENTRAL LIFESTYLE SDN BHD (SOOKA SENTRAL) 30/04/2012
116. SEVENTY TREE SDN BHD 14/01/2012
117. SIM'S VENTURES SDN BHD 14/01/2011
118. SIMPLE SECRET SDN BHD 14/01/2012
119. SIMTEC SDN BHD 14/01/2012
120. SINCERE SERENE S/B 14/01/2012
121. STRATEGIC CAFE SDN BHD 14/01/2012
122. SWEET SAVORY SDN BHD (BANGI) 30/04/2012
123. TASTE OF LIFE CAFE SDN BHD (IPOH GARDEN) 30/04/2012
124. TASTE OF LIFE CAFE SDN BHD (KINTA CITY, IPOH) 30/04/2012
125. TITAN VANTAGE SDN BHD 14/01/2011
126. TITAN VINTAGE SDN BHD 14/01/2012
127. TROPICAL SAVORY SDN BHD 14/01/2012
128. URBAN FLAVORS SDN BHD (KAJANG) 30/04/2012
129. VENUE BLISS SDN BHD 14/01/2011
130. VIBRANT CHAPTER SDN BHD 14/01/2011
131. VISIDIKARI HOLDINGS (M) SDN BHD 14/01/2012
132. WEALTH UNLIMITED SDN BHD (DAMANSARA HEIGHTS) 30/04/2012
133. ZEN CAFE SDN BHD (MID VALLEY) 30/04/2012
134. ZEN CAFE SDN BHD (PAVILION) 30/04/2012
135. ZEN CAFE SDN BHD (SUNWAY PYRAMID) 30/04/2012


P/S: Tapi kan.. saya ada search 'Oldtown White Coffee' untuk kepastian Halal nya.. Tapi hampa.. Tiada sijil halal.. Saya tak pasti, dari mana datangnya logo Halal JAKIM yang terpapar di premis2 Oldtown White Coffee.. Dah setahun saya tak makan atau minum di premis Oldtown.. huhu..

I'm cuti.. Tak sihat..

0 komen

Hari ni aku MC..
tak sihat..

So, aku amik kesempatan cuti nih untuk mengemas bilik.. Basuh baju.. Lipat baju.. Dan.. Macam2 lagi.. If aku tak buat now ni.. Tah bila2 la leh buat..

Nama je cekgu.. Bukannya aku balik keje kol 1.30 petang macam cekgu2 lain.. Aku balik from school, paling awal pun, kol 3.30 ptg.. Paling lambat, kol 6.30 ptg.. Mengalahkan orang keje office hour..

Bila dah balik umah.. Wajib tengok 'Aqso dan Madina' kat TV9.. Then, dulu tgk 'Matahari', now Matahari dah habeh.. Ganti dengan 'Manjalara'.. Aku tak follow cite tu coz dah tgk dulu..
Pastu aku wat keje ape yang patut.. Facebook, Frindster, Tagged, Blog, etc.. Then, ngantuk, tido..

Hahaha..
Tu baru bujang, aku dah tak sempat nak ngemas2.. Esok2 dah kawin.. Tak tau la camne.. Huhuhu..

P/S: Aku ngah separa bingung.. Toing! Toing!

Friday, June 19, 2009

Belasungkawa Buat Tunang Tersayang..

1 komen


Pada 17 Jun 2009 bersamaan dengan hari Rabu..
Tunang saya telah kehilangan ayahanda tercintanya..

Ayahnya sedang bersiap-siap nak ke kebun selepas selesai sarapan pagi.. Sedang Arwah bersiap-siap.. Arwah tiba-tiba rebah ke tanah.. Dan di saat itu juga lah, dia telah 'pergi' meninggalkan isteri dan anak-anaknya..

Arwah merupakan Tok Siak Masjid Kg Selabak, Teluk Intan, Perak.. Arwah sangat disenangi oleh orang-orang kampung, teman-teman dan keluarga.. Arwah seorang yang gigih bekerja meskipun Arwah telah berusia 75 tahun.. Bukannya anak-anak Arwah tak prihatin kan ayahnya yang bekerja.. Tetapi Arwah jenis yang tak boleh duduk 'diam' di rumah..

Arwah seorang yang pendiam, tak banyak bercakap, merendah diri dan agak pemalu.. Saya begitu senang dengan keperibadian Arwah..



Pertama kali memandang Arwah, saya melihat persamaan yang agak ketara dari segi fizikal dan tingkah laku dengan anak lelakinya (tunang saya tu lah..).. Raut wajah yang hampir sama.. Ketinggian dan susuk tubuk yang serupa.. Perangai? Lagi lah sama.. Tunang saya tu pendiam.. Tak banyak cakap.. Sama macam Arwah..



Saya hadir ke Teluk Intan bersama mak dan papa saya.. Kami turut bersimpati dengan pemergian Arwah yang disifatkan 'tiba-tiba' itu.. Mak tunang saya seperti sukar menerima hakikat pemergian suaminya itu.. Dia menangis sepanjang hari.. Masih terkejut agaknya.. Saya mengerti.. Saya pernah merasai bagaimana peritnya kehilangan orang tersayang.. Arwah nenek saya pergi meninggalkan saya semasa saya berusia 16 tahun.. Sehingga kini, saya selalu rindukan Arwah Nenek saya.. Terbayang wajahnya.. Ya Allah.. Rindunya kat tok.. =(

Tunang saya kata..
"Mula-mula abang sedih sangat.. Rasa gelap dunia.. Tapi lepas tengok wajah jenazah arwah bapak, air mata abang terhenti.. Terasa sejuk hati.. Tiba-tiba datang satu perasaan yang merelakan pemergian Bapak abang.. Kini abang tenang dan abang redha.. Tapi sedih tu tetap ada.."

Baguslah kalau Tuhan kurniakan tunang saya perasaan yang begitu.. Dia redha.. Semoga perasaan yang sama Tuhan berikan pada mak tunang saya dan adik-beradiknya yang lain..



Semoga Arwah Pakcik Razak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah..

P/S: Majlis tahlil dibuat sebanyak 7 malam berturut-turut..

Tak pegi temuduga Perlantikan Guru DG 41.. (Bukan salah aku!)

1 komen

*Di sekolah..

Isnin (15/06/09).. Aku terkilan sangat2.. Sepatutnya aku kena pergi interview Pelantikan Tetap Guru (DG 41).. Tapi.. pihak sekolah tak bagi kat aku ngan Eliza surat yang dah sampai 4 hari sebelum tu.. (Khamis - 11/06)..

Alasan2 yang diberikan pihak atasan, sangat tak boleh aku terima.. tapi siapa lah aku nak membantah.. cikgu baru yang berpangkat DC 41.. Rasa terkunci mulut.. Tapi Eliza sangat lah marah..

Hari ni (18/06), aku dan Eliza pergi jumpa pengetua berkenaan hal kami tak pergi interview.. Sekali lagi kami hampa.. Kami berkeputusan, untuk ke Putrajaya, buat rayuan untuk panggilan temuduga sekali lagi.. Ini bukan salah kami.. Kami tak dapat surat.. Surat sampai di tangan kami pada hari Isnin, pukul 10.10 pagi.. Interviewnya pukul 10.00 pagi hari yang sama.. Mana mungkin kami sempat pergi.. Dengan tak study nye.. Kecewa tol.. Frust gile2..

So now..
Geram tapi kena redha..
Pikir positif.. Maybe ada hikmah untuk semua ni..

Fuh.. Sabo..

Tuesday, June 9, 2009

Selesai Sudah Majlis Pertunangan..

0 komen


Alhamdulillah.. Segalanya berjalan dengan lancar.. Even ada yang tak kena di mata saya.. Tapi biarkan lah.. Apa yang penting.. Cincin dah melekat di jari.. Tanda saya dah diikat olah seseorang yang saya kasihi..

Saya masih bz buat masa ni.. Teringin nak upload gambar bertunang.. Tapi masa tak mengizinkan..

Before the engagement day, saya bz dengan persiapan pertunangan.. But after that.. Bz pulak dengan pemulangan segala perkakasan majlis dan barang2 pertunangan..

Saya terharu sangat coz kawan2 UPM sanggup datang meraikan saya dan Raul.. Tak lupa 3 orag sahabat baik saya.. Miera, Lynn and Daia.. Sayang sangat kat korang.. Agak sedey bila Anum and Shidah tak dapat hadir.. Tapi Anum datang gak malam tu.. Thanx Anum..

To all saudara mara yang banyak membantu.. Tak kiralah belah mak or belah abah.. Thanx so much.. Cek tak dapat nak balas semua tenaga, bantuan, tajaan makanan or hantaran, and macam2 lagi.. Rasa macam nak peluk semua orang..

To Raul.. Thanx for all of this.. Saya menghargai setiap sesuatu yang Abang dah buat untuk saya.. Cincin yang mak Abang sarungkan ni, jadi bukti yang kita serius berkasih.. Semoga tarikhnya ditentukan dengan tenang dan cepat..

Then, untuk

  • Caterer : Makanan sedap sangat.. Saya tak sempat rasa nasi beryani..
  • Khemah : Kak Su.. Thanx.. Such a lovely khemah.. Ada beberapa misunderstood tu, mintak maafkan lah yer.. Hihi..
  • Pelamin : Simple but nice.. Anyway thanx a lot.. Lighting best.. Tapi saya panas sebab lampu tu kat belakang saya kan.. hehe..
  • Hantaran : To my sister (Maslinda) and Kak Linda (Jiran), thank you so much coz dah menggubah 15 hantaran tu dengan simple (yg macam saya nak) dan cantik..
  • Baju : To kak Zana (BinaKaseh Bridal, Ampang), thanx.. Akak banyak bersabar dengan saya.. Even tak dapat baju putih pink tu.. Saya tetap suka dengan baju putih kelabu tu.. Thanx again..
  • Make-up : Frenz of Kak Zana.. My face was totally changes.. Rasa weird sangat.. Muka rasa sticky.. Maybe sebab saya tak pernah make-up macam tu before this.. But thanx.. Ada yang puji, ada yang kritik.. Biasa lah tu..

And the last but not least.. Is for my mom.. The person who is very excited, busy and kalut on that day.. Rasa macam nak bagi mak apa saja yang mak nak sebab mak sangat sayang kat cek.. thanx mak.. Even cek mengimpikan majlis yang kecil, tapi mak bagi cek lebih dari segalanya.. Maafkan cek sekiranya sebelum, semasa dan selepas majlis cek ada buat or cakap yang tak betul pada mak.. Cek mintak ampun, mintak maaf.. Lega kan mak? Segalanya dah berakhir..

Fuh.. I'm so sleepy..

P/S: Tarikh kahwin belum ditetapkan lagi.. =)

Sunday, June 7, 2009

3 Jam lagi..

0 komen

Wah.. Ada lagi 3 jam sebelum majlis..
Feeling? Emm.. Rasa biasa je.. Ada nebes sket2..
Hehe..

Harap-harap majlis hari ni..
  • mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t.
  • berjalan lancar..
  • dapat menyatukan dua keluarga..
  • menjadi perkara yang baik untuk disebut orang..
  • menambah keredhaan Allah s.w.t. terhadap hubungan kami..
  • mencapai kata sepakat antara dua belah pihak..
  • merupakan titik tolak transformasi diri kami ke arah menjadi suami dan isteri yang soleh dan solehah..
AMIN...
Semoga semua blogger yang singgah di sini turut mengAMINkan doa2 di atas..

Insya-Allah.. Gambar akan di update if ada kelapangan lepas ni..

P/S: Semoga aku tenang dan cool jap lagi.. Amin lagi.. Fuh!

Wednesday, June 3, 2009

3 Hari lagi..

1 komen

Banyak benda lagi tak setel..
Tapi saya tak tau nak mula daripada mana..

Payah ar nak stori da mori kat sini..
donno how to describe..

huhuhu..

Lagi 3 HARI.. Fuh..
Saspennye mengalahkan orang yang nak kawin..
Kalau nak kawin nanti, camne lah rasenye ek..

Hope semuanya berjalan lancar..
Harap aku, dia n our families sihat menjelang majlis..
Semoga cuaca dan keadaan menjadi baik pada hari majlis..

Amin..

Ok ar.. Saya nak keluar.. Cari beberapa barang yang diperlukan.. Yang paling utama.. Gi bank, cucuk duit... Kehkeh.. Pelaburan yang membahagiakan.. Tak pe kot..

P/S: Ari ni adek datang from Terengganu.. Sampai petang kot.. Tak sabar nak jupe adek ku yang tercinta.. Hihi..

Monday, June 1, 2009
0 komen

Agak bz..
Dengan persiapan bertunang di saat akhir..

Hmm..
Tapi still sempat gi tengok wayang hari Sabtu lepas kat Pavilion..
Ehehehe.. (Wajib ye..)
Cerita 'Night at The Museum 2'..


Mula2 rasa berat nak masuk.. Sebab rasa macam tak best.. Tapi daripada Terminator, Star Trek and NATM2, rasa nye saya prefer NATM2 lah.. sebab saya kurang suka cerita perang2, lawan2, and ganas2.. Harry Potter ngan LOTR takpe.. ekekek.. (Harry Potter ganaz ke?)

Pas tu, sempat lagi gi karaoke.. Nyanyi dan nyanyi lagi sampai satu tahap, dah tak larat nyanyi, maka nya, bukak MTV.. Biar TV tu yang nyanyi, saya makan sampai lebam kat Red Box Pavilion.. TV karaoke tu sangat lah besau.. Memang exclusive di Era lah.. hihi..

Then, ingat nak gi mamam stobewi coklat.. Tapi tak sempat.. Dah kol 9pm.. Kena balik cepat.. Mak suruh beli alas meja, bantal kecik untuk atas katil ngan runner panjang letak atas katil.. Hmm.. Kempunan den..

Saya ada tanye mak.. Leh tak kalau saya nak gi 1st Annyversary Fan Club Nubhan kat Times Square 6/6 (Sabtu) ni.. You know wut? Sekali mak mengamuk daa.. Dia bising2.. Katanye,
"Ahad tu dah nak bertunang cek tak boleh keluar pegi mana2.. Banyak keje nak buat.. Lagi pun darah manis.. Dok umah!"
"Alaaa mak ni.. Cek tanye je.. Jangan lah mara.. Hukhukhuk.."

Tak pasai2 den kena marah dek kerano Nubhan.. Apo lah..

OK lar.. Tata.. Titi.. Tutu..

Den nak poi tengok hantaran den kek umah kakak den..
huhuhu..

P/S: Saya bukan orang N9 ye.. Tak de darah pun dgn org N9.. Disebabkan Nubhan org N9, tetiba saya pandai lah pulak cakap N9.. Haha..