Friday, January 30, 2009

Upin dan Ipin

0 constructive comments



Saya suka siri anime Upin dan Ipin ni. Kartun buatan Malaysia. Memang best dan kita patut support.

Watak kartunnya sangat comelllll.

Kalau lah betul wujud budak kecik yang petah bercakap dan cute macam Upin dan Ipin. Memang saya nak jumpa. Saya nak duduk beradap dengan mereka dan bersembang sehari suntuk kalau boleh. Mesti seronok melayan.

Kepada semua peminat setia Upin & Ipin jangan lupa menyaksikan siri baru “Upin & Ipin Dan Kawan-Kawan” yang bakal menemui peminat bermula pada bulan Februari ini.

Episod kali ini akan menampilkan kisah hidup seharian Upin & Ipin bersama kawan-kawan mereka yang pasti mencuit hati. Jangan lupa tontoni gelagat mereka bermula 2 Februari 2009 hanya di TV9.

Berikut ialah jadual tayangan siri Upin & Ipin:

Isnin : Episod 1 (7:30 malam)
Selasa : Episod 2 (7:30 malam)
Rabu : Episod 3 (7:30 malam)
Khamis : Episod 1 (Ulangan) (7:30 malam)
Jumaat : Episod 2 (Ulangan) (7:30 malam)
Sabtu : Episod 3 (Ulangan) (7:30 malam)
Ahad : Episod 1 + Episod 2 + Episod 3 (7.00mlm - 7:30 malam)

(episod yang lain akan mengikut konsep ini pada setiap minggu)

kredit to budiey.com


P/S : Sayangnya waktu siaran siri kartun ini adalah dalam lingkungan waktu Maghrib.. Pasti ada yang terlalai dan asyik menonton nanti..

Wanita Seindah Hiasan Dunia

1 constructive comments

Haramkah MLM?

0 constructive comments

Saya terbaca perkara ini dalam paper Harian Metro.

Saya kongsi di sini. Saya ringkaskan supaya mudah dibaca.

Soalan:
SAYA hendak bertanya pendapat Dr mengenai perniagaan pelbagai peringkat (MLM).

Bagi mendapatkan bonus perniagaan, seseorang itu perlu mendapatkan orang (downline) untuk mendengar ceramah syarikat terbabit dan jika mereka berminat perlu mendaftar.

Kemudian 'upline' (orang yang di atas) akan mendapat bonus berdasarkan belian 'downline' mereka.

Apakah pendapat Dr dalam sistem perniagaan ini? Adakah ia bersih dari unsur riba, perjudian, zalim dan gharar?

*****************************************************

Jawapan:
PADA pendapat saya ia termasuk dalam sistem piramid dan bukan bentuk perniagaan atau pelaburan.

Anda tidak sepatutnya menyertai perniagaan sedemikian kerana ia hanya agihan pendapatan berdasarkan 'downline' dan 'upline' dan tidak membabitkan perniagaan secara sah.

Akhirnya ia akan ditutup apabila tiada ahli baru menyertai skim itu. Ia membawa kerugian terutama orang bawahan.

Skim sedemikian adalah haram kerana ia adalah suatu penipuan dan mereka yang menyertainya mengambil hak orang lain.

Mengikut saranan Islam dalam mencari pendapatan ialah berdasarkan firman Allah bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri [dengan sebab memakan hak orang lain lahir perkelahian sesama anggota masyarakat yang boleh membawa pembunuhan]. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu." (al-Quran (4): 29).


P/S : Saya pun kurang setuju dengan perniagaan MLM yang begini.

Layout baru..

1 constructive comments

Tukar layout bunga2 merah pulak..

Mula2 dulu pink..

Then hijau..

Now merah..

Hehe...

P/S: Banyak yang nak kena tukar ni. Color font yang hijau striking tu. Then, shoutbox hijau tu. Adoi.. Banyak keje la pulak. Huhuhu..

Tuesday, January 27, 2009

>> JASON MRAZ LIVE IN MALAYSIA !

0 constructive comments



@nggaya@nggaya@nggaya@nggaya@nggaya@nggaya@nggaya@nggaya@nggaya@nggaya

Date : 4th March 2009 (Wednesday)
Time : 8.00 pm - 10.00 pm
Location : Stadium Negara, Kuala Lumpur

@kembar@kembar@kembar@kembar@kembar


The Seating Chart

The Tickets Price List

Nak beli tiket??
> Axcess Office, Jalan Semangat
> 1-Utama Shopping Complex
> Stadium Putra Box Office, Bukit Jalil
> Rock Corner, Midvalley Megamall
> The Actors Studio, Bangsar
> Lot 10 Tower Records
> Parkson, Sunway Pyramid
> Rock Corner, The Curve (Start from 15/1/09 onwards)
> Tower Records, Gurney Plaza, Penang
> Music Valley, Pelangi Leisure Mall, JB
> Sungei Wang Counter from 12pm to 9pm daily

For further information,
Call this number..
Axcess Ticket : +603-77115000

Atau pun, click HERE untuk tempah tiket online...



Me : Nak pegi! Nak pegi! Nak pegi!
Hati : Membazir weh! Simpan duit untuk bulan 6 nih!
Me : Ala.. beli tiket yg murah pun takpe.. Nak dgr live je..
Hati : Tak payah! Boleh tgk kat You Tube nnt..
Me : Huwaaaaaaaaa!!!

Sunday, January 25, 2009

Picture of Seseri 2009..

1 constructive comments






P/S: Tak happy pun kite kena senyum.. Hihi..

Cuti Sekolah 10 Hari.. Weee!

0 constructive comments

Salam..

Saya nak berterima kasih untuk semua ex-seserian yang banyak bagi rangsangan untuk saya meneruskan kerja murni saya sebagai guru seseri..


Now ni Seseri sunyi sepi.. Sekolah dah mula bercuti.. Sekolah akan buka semula pada 3/01/2009..

Saya ada tinggalkan homework untuk students saya ; 5A and 5G (Set 7).. Pada mulanya saya tak berniat langsung nak bagi homework, sbb saya dah bagi 2 handout untuk students buat dalam kelas.. Tapi pagi2 Jumaat ari tu, Ketua Panitia Math menyapa saya..

KP : Shaz, akak dah riso homework budak2 ni.. Amik atas meja akak ye Shaz..
Me : Hmm.. Ok kak.. Nanti saya amik..

Erk? No komen.. Hihihi..


P/S: Selamat Bercuti anak2 murid cikgu.. Selamat buat homework..



Wednesday, January 14, 2009

Seseri

5 constructive comments

Saya sangat nervous bila masuk sekolah ni..
Sekolah SBP..
High Expectation..

Pelajar2 pun yang terpilih saja..
Guru sikit..
Kerja banyak..
Setakat ni je, saya dah pegang macam2 jawatan..

Hmmm..
Saya tak bersemangat nak mengajar..
Bangun pagi.. Monyok je..
Saya lebih suka mengajar pelajar yang tak tahu apa2..
Sebab saya suka bercakap dan explain..

SBP style pulak lain..
Assume students dah pandai..
Tak payah refresh topic subjek tu panjang2..
Terus ajar berdasarkan soalan SPM..

Saya pulak ngajar Math Form 5..
Semua perempuan pulak tu..
Entah la..

Saya ada rasa macam nak quit..
Nak keje ofis lama..
Keje kat DCL..
Even balik keje pukul 6.. Gaji sikit..
Saya bahagia, hepi dan tak stress..

Now ni saya balik sekolah pukul 3 petang..
Then, kat rumah saya dah diserang migrain..
Sakit kepala bila fikir cabaran mengajar mereka yang dah pandai ni..
Adoi la..

Saya sukakan cabaran..
Tapi saya tak happy dengan kerja ni..
Saya sangat tak gembira..

Nak quit ke ek??
Rugi.. Gaji besar.. Cuti banyak.. Waktu kerja singkat..
Tapi apa guna semua tu if saya tak happy?
Ke nak bagi masa untuk diri saya adapt dengan semua ni?
Hmmm.. Entah la..

Semoga Tuhan permudahkan segalanya..
Amin..


P/S: Suatu masa dulu, saya hepi bila dapat posting.. Now siapa sangka.. Saya cuba untuk menolak kerja murni ni.. Entah la.. Hati ni tak tetap.. Huhuhu...

Saturday, January 10, 2009

Takziah buat Nubhan Sekeluarga

0 constructive comments

Takziah buat Nubhan yang baru kehilangan ayahnya, Allahyarham Tuan Haji Ahamad Bin Haji Abdul Rahman (7 Mei 1941) yang telah meninggal dunia pada 7/01/2009, jam 9.30 malam di Hospital Specialist Salam, Senawang, akibat serangan jantung.

Semoga Nubhan tabah menjalani kehidupan sebagai anak seni selepas ini. Sama-samalah kita doakan semoga arwah ayahanda Nubhan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Amin.




credit to: Mr Manager, Lucky Star

>>Jason Mraz datang Malaysia Mac 2009!!!!!!!

0 constructive comments


Khabarnya Jason Mraz akan datang Malaysia pada 4 Mac 2009 nanti. Konsert sulongnya itu dijangka akan berlangsung di Stadium Negara.

Saya ni tak berapa gemar menonton konsert. Tapi bila terbaca tentang berita ni, hati saya melonjak-lonjak untuk melihat sendiri persembahan secara langsung penyanyi lagu ' You and IBoth' ini..

Masih segar di ingatan saya sewaktu saya di Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) pada akhir 2003, lagu 'You and I Both' menjadi kegilaan budak2 matrik waktu tu. Serentak dengan lagu 'Ka-ching' dari Shania Twain. Sampaikan roomate saya, Faizlin, sanggup ke pekan Alor Setar untuk dapatkan album Shania Twain. (Indahnya memori saya di KMK.. Huhu..)

Jason Mraz muncul lagi pertengahan tahun lepas (2008) dengan lagu hitz 'Im Yours' dan keluar lagi hujung tahun 2008 dengan single 'Lucky'.

Hmm.. Nak tau tak?? Lagu 'Lucky' merupakan santapan halwa telinga sesiapa sahaja yang menelefon saya now ni. Caller Ringtone dari Maxis. Hehe... Ringtone handphone pun lagu 'Lucky'.. Memang minat habis!

Boleh dikatakan buat masa ni, saya memang tengah minat gile dengan Jason Mraz.. Suara dia unik, lemak berkrim disukai ramai.. Hihihi.. Dia pulak nak datang KL.. Bagus sangat lah tu.. Hihi..

Kalau harga tiket konsert Jason Mraz ni nanti tak melampau sangat dan affordable, mungkin saya akan pergi tengok konsert ni.

Nak ajak siapa ye..
Anum? Dia keje..
Raul? Dia keje gak..
Ajak siapa ek??

4 Mac 2009 tu jatuh pada hari Rabu la. Saya pun keje. Tapi, konsert mesti la buat malam kan? Hmm.. Nanti lah pk nak bawak sape..

Monday, January 5, 2009

Syukur ..

2 constructive comments

Updated:5/01/09 4:30PM

Penempatan saya bertempat di..
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, KL

Lapor diri pada..
12 Januari 2009


@raya@raya@raya@raya@raya@raya@raya@raya


YEAH! I WILL BE A TEACHER!!! SYUKUR... =)

5 constructive comments


Akhirnya.. Penantian dan debaran saya berakhir hari ini.. Keputusan penempatan guru saya dah keluar.. Saya dapat Sekolah Berasrama Penuh.. Negeri mana masih belum tahu.. Syukur kepada-Mu, Ya Allah.. Sesungguhnya hamba-Mu ini sangat gembira dan redha dengan segala ketentuan-Mu..

Dulu masa saya SPM (2002), saya tak berharap saya akan further study ke mana-mana.. Bila cikgu kat sekolah saya suruh isi borang Matrikulasi, saya isi lah.. Negeri pilihan? Mak tak bagi saya berjauhan dengan dia, so pilih Negeri Sembilan (KMNS), Melaka (KMM), Universiti Malaya (PASUM)..
Kawan-kawan sekolah yang besh!


Dup dup dup..

Sampai surat kat rumah, saya dapat Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) untuk first batch pada 2003. Ya Rabbi, tak sangka sungguh.. Syukur Ya Allah..

Lepas lalui zaman Matrikulasi yang tough.. Saya dan kawan2 seangkatan isi borang IPTA.. Boleh pilih 8 course.. Mak saya suka sangat saya jadi cikgu, tapi saya minat engineering bidang robotik.. Memandangkan mak saya beria benar nak anaknya jadi cikgu, saya pilih kelapan-lapan course tu semua berkaitan dengan guru.. UPM berada dalam pilihan ketiga saya..
Ni pulak sahabat2 baik masa kat Matrik.. Rindu korang..


Dup dup dup.. (berdebar lagi..) hehehe..

Mac 2004, sampai lah satu sampul surat besar dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).. Saya ditawarkan masuk ke UPM, dalam jurusan Bacelor Sains dengan Pendidikan Kepujian Matematik selama 4 tahun.. Syukur tak terhingga saya panjatkan kepada Allah S.W.T.

Selama 4 tahun saya memerah otak dan menuntut ilmu dari pensyarah-pensyarah HEBAT Fakulti Sains, Fakulti Pengajian Pendidikan dan Fakulti Sains Komputer demi menggenggam segulung ijazah pada hari graduasi saya nanti.
Coursemate yang happening.. Love u all a lot!!!

Selain itu, saya juga bergiat aktif dalam Sekretariat Sukan Kolej 14(K14), UPM.
Tahun 1 - Presiden Kelab Penyokong (Hahaha..)
Tahun 2 - Timbalan Setiausaha Sekretariat Sukan K14
Tahun 3 - Setiausaha Sekretariat Sukan K14

The Mines, Alamanda, Jusco Balakong, Putrajaya, Bangi, Kajang, Flat Ikan, SS (Sri Serdang), Maulana, Makcik Getah, Pakcik Padang, Makcik Firaun.. Wah.. Macam-macam!!! Segalanya manis di UPM.. Dari tahun 1 hingga tahun 3, saya berjalan kaki dan menaiki bas untuk ke kuliah.. Tetapi pada tahun 4, ada rezeki lebih, dapat naik kereta ke kuliah. Tak lah ponteng kuliah kalau hujan.. Hahaha..

Dup dup dup dup..

18 Oktober 2008 - Hari paling bermakna buat saya.. Memakai jubah berwarna maroon, hood berwarna kuning, dan mortar empat segi tu membuatkan saya sangat terharu. Penat lelah saya terbayar pada hari bermakna ini. Tambah bermakna lagi apabila majlis graduasi saya jatuh pada hari pertama, maka skrol ijazah saya akan disampaikan oleh Sultan Selangor.. Alangkah bertuahnya saya..
Bersama yang tersayang..

Dulu, kalau ada antara kawan saya yang memandu kereta laju, saya mesti cakap,
"Jangan bawak laju2 weh! Aku belum konvo lagi!"


Dan kini, saya nak tukar phrase tu..
"Jangan bawak laju2 weh! Aku belum kawen lagi!" Hihihihihihi...



Alhamdulillah..
Pejalanan hidup saya yang Tuhan atur sangat indah..
Semoga perjalanan yang bakal saya hadapi nanti akan lebih indah.. Akan lebih ceria dan lebih baik..

Debaran saya tak akan terhenti di sini..

Insya-Allah..
Allah Maha Kaya..
Syukur kepada-Mu Ya Allah..
Terima kasih Ya Allah..
Alhamdulillah..


P/S: Semoga aku dapat jadi guru yang baik.. Insya-Allah.. Dengan izin-Mu Ya Allah..

Friday, January 2, 2009

>>Ya Muslimah..

0 constructive comments

Salam..
Dah bersarang blog saya nih..
Agak lama saya menyepikan diri.. Surf internet hari-hari, tapi tak ada mood nak update apa2 post.. Tetiba malam ni, sebelum saya melenakan diri untuk kerja esok pagi.. Saya nak share beberapa keping gambar yang buat saya kagum menjadi seorang muslimah bertudung..

Nak ber'boxing'?? Takde masalah punye..



Main drum pun boleh.. Pemain drum yang ayu.. Hihi..



Ice skating pun tak de masalah even pakai tudung.. Saya rasa, mesti lagi selesa..



Nak jadi sprinter pun tak de hal lah.. Tudung itu tak akan terbang punye.. Tak caye? Cuba!



Main badminton? Jom.. Bereh belaka.. Hihi.. Ayu je wanita bertudung biru ni..



Bertudung bukanlah penghalang untuk kita kaum hawa melakukan apa2 sahaja aktiviti yang berfaedah selagi tak melanggar hukum agama.

Anak-anak murid cikgu, adik-adik kat luar sana jangan jadi yang begini sudah ye.. Jangan cemarkan agama kita dengan perbuatan yang tak baik macam di bawah ni..

Merokok tak elok untuk kesihatan..



Dah tak ada jari lain nak tunjuk??! Nasib baik bukan adik aku!
Kalau tak, lunyai aku tibai!



Dok bermesra-mesraan.. Adoi la.. Jangan ikut aksi ini ye adik2..


P/S: Wahai semua kaum hawa.. Jangan di ikut budaya barat yang tak elok tu.. Binasa iman, rosak akhlak..