Saturday, July 11, 2009

Zikir Asma' Al-Husna Hari Ini..

0 constructive comments

ZIKIR UNTUK MELEMBUTKAN HATI MANUSIA

Hati yang keras perlu dilembutkan agar hati individu tersebut tersentuh untuk memberikan bantuan, menghulurkan kemaafan tanpa dendam, menerima kebenaran, dan bersetuju dengan perkara yang baik..

Bagi melembutkan hati yang keras ini, saya rasa hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu menolong kita.. Iaitu dengan mendekatkan diri dengan-Nya, serta menyebut nama-nama-Nya yang indah..

1) Ya Rahim - Sesiapa yang menyebutnya sebanyak 100 kali setiap hari maka insya-Allah, Allah s.w.t akan melembutkan hatinya dan diwujudkan perasaaan kasih sayang di antara sesama manusia..

2) Ya Malik - Sesiapa yang berhasrat menemui orang-orang yang berkedudukan tinggi daripadanya (Ibu, Bapa, Kakak, Abang, Boss etc.) untuk menyampaikan hasrat atau permintaan maka ucapkanlah zikir ini di setiap tempat dan waktu.. Insya-Allah beliau akan dihormati dan memperoleh layanan yang sewajarnya daripada orang tersebut..

3) Ya Wadud - Sesiapa yang mengucapkan zikir ini sebanyak 1001 kali dengan niat, agar musuhnya kembali menjadi kawannya, insya-Allah orang-orang yang membencinya akan kembali menjadi baik kepadanya..

4) Ya Rauf - Sesiapa yang mengucapakan zikir ini sebanyak 10 kali ketika marah, insya-Allah marahnya akan segera reda. Seandainya dia sedang dimarahi oleh seseorang maka kemarahan orang itu akan berkurang dan dengan izin Allah s.w.t, kemarahan orang itu akan berhenti sama sekali.

Wallahualam..


P/S: Aku sekarang ni sedang mempraktikkan zikir yang ke-2.. Semoga Allah permudahkan segala-galanya.. Amin..

0 constructive comments: