~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KUALA LUMPUR 11 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 berita gembira untuk rakyat Malaysia sempena 100 hari pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.
11 perkara tersebut ialah:-
1. Kadar tol diberi diskaun 20 peratus untuk pengguna yang berulang alik ke tempat kerja menggunakan lebuh raya bertol.
2. 44,000 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan dijual kepada penyewanya.
3. Diskaun 50 peratus untuk pembaharuan lesen peniaga kecil di Wilayah Persekutuan.
4. Lesen untuk pemandu teksi, 7,000 permit teksi individu dan 3,000 lagi akan diluluskan dalam tempoh tiga bulan akan datang
5. Langkah drastik kurangkan jenayah dan perangi rasuah.
6. Pendaftaran kelahiran dipermudahkan terutama di Sabah dan Sarawak.
7. 34,000 permohonan kewarganegaraan 46 peratus selesai dan bakinya hujung tahun ini
8. Kemudahan jalan dipertingkatkan di Sabah dan Sarawak.
9. Bekalan air Sabah dan Sarawak diperluaskan.
10. Amanah Saham 1Malaysia dengan 10 bilion unit ditawarkan.
11. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda kaum India.
- Utusan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wah.. Berita yang nombor 1 tu sangat lah menggemirakan aku.. From Keramat nak ke SM Sains Seri Puteri (SESERI), aku lalu ikut Highway DUKE.. Sebab tak jam.. Tapi tol kena bayar RM2.00 sekali lalu.. So.. Everyday aku bayar RM4.00 kat kerajaan Malaysia..
RM4.00 x 5 hari (weekday) = RM20.00
RM20.00 x 4 minggu = RM80.00
Hmm.. Setiap bulan aku kena top up smart TAG aku, sebanyak RM80.. Belum masuk minyak yer tuan-tuan dan puan-puan.. Fuh.. Memang sakit..
Maka dengan itu.. Berita gembira PM tu memang sangat lah menggembirakan hidup aku selepas ni.. =)
Setelah dikira dengan kalkulator henfon aku.. Sebulan aku perlu spend RM64.00 sahaja.. Wah.. Memang jimat banyak tu.. Terima kasih PM kerana sangat prihatin.. Lain kali, bagi lah diskaun 50% pulak.. hehe.. Free ke.. Hehehe.. (Bagi betis, nak peha yer aku nih??)
*UPDATE : Aku tak dapat lah.. Sebab 40 kali je dalam sebulan lalu tol.. 80 kali lalu baru dapat.. huhuhu..







0 constructive comments:
Post a Comment