Salam..
Sepanjang minggu lepas, saya tiada di seseri.
Isnin - Rabu, saya berkursus di Melaka..
Jumaat - Ahad, saya ke SM Sains Selangor (SMSS) dan SM Sains Alam Shah (ASiS)..
And a week before that, saya ke PULAPOT kat Setapak untuk pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform..
Ni ada sikit gambar kat PULAPOT Setapak.. SMK Segambut Jaya (SEJAYA) banyak bolot award.. Dorang memang komited dengan kawad kaki ni.. Setahu saya lah.. Hehe..
Cerita tentang kursus..
Hmm.. Menarik, banyak ilmu yang saya dapat.. Tapi yang sepatutnya pergi kursus tu adalah Setiausaha Kokurikulum (S/U Koko) sekolah.. Disebabkan S/U Koko cuti bersalin, maka saya lah yang menjadi wakilnya.. Maka dengan itu (hahaha..) saya tak tau apa benda yang penceramah kursus tu bercakap.. Tapi saya tetap salin.. Sebabnya, saya kena bentangkan pada Ustat (Penolong Kanan Koko SESERI) tentang input yang saya dapat dalam kursus tu..
Hmm.. Lupe nak bagitau nama kursus tu..
"Kursus Tatacara Pengendalian Acara Majlis Rasmi"
Saya belajar tenatang protokol majlis, markah 10% Kokurikulum dan permasalahan kokurikulum di sekolah2..
Then sempat jenjalan kat Zoo Melaka.. lalu je lah.. Tak masuk pun.. Sebab tak cukup masa.. And sempat beli ole2 untuk family.. Hehehe..
Then Jumaat - Ahad saya ke HKSBP Basketball antara sekolah2 di zon tengah..
Hmm.. Banyak konflik berlaku, pihak pengelola tak peka.. Tapi at last mereka realize kesalahan mereka, dan segala salah paham telah diperbetulkan..
SESERI mendapat tempat kelima.. Pelajar2 saya kecewa tak dapat bertanding ke peringkat kebangsaan.. Tapi nak buat macam mana, rezeki kita sampai di situ sahaja.. Tahun depan kita usaha lagi.. Tapi pelajar Form 4 lah.. Yang Form 5 tak ada tahun depan.. Focus on your SPM ek..
Ada satu perkara yang saya perhatikan. perkara yang tak sedap mata memandang.. Tentang pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.. Mereka dengan penuh rasa keterbukaannya, menayang telefon bimbit masing2 sewaktu di SMSS dan ASiS.. Peraturan SBP terang2 mengatakan, pelajar tidak dibenarkan membawa handphone.. Dari mana datangnye handphone pelajar2 tersebut? Mereka datang dari SSP, semestinya handphone itu dari SSP.. Bagaimana handphone boleh bolos dari pengetahuan pihak sekolah mereka..
Pelajar SSP seakan bangga menunjukkan handphone masing2.. Pelajar SESERI telan air liur sahaja lah.. Kerana mereka harus akur sebagai seorang pelajar SBP, mereka tidak boleh membawa handphone ke sekolah dan asrama.. Saya bersyukur ditempatkan di SESERI.. Pelajar2 nya tak pernah memberikan saya sebarang masalah.. Kami boleh ketawa dan bercerita macam2 benda sama2.. Saya anggap dorang semua macam adik2.. Sebab saya ada seorang adik yang sangat cantik yang akan mengambil SPM tahun ini.. Syazmim nama dia..
P/S: I mish u adek.. Cuti skolah, datang kat akak eh.. =)
















0 constructive comments:
Post a Comment