Saturday, January 10, 2009

>>Jason Mraz datang Malaysia Mac 2009!!!!!!!

0 constructive comments


Khabarnya Jason Mraz akan datang Malaysia pada 4 Mac 2009 nanti. Konsert sulongnya itu dijangka akan berlangsung di Stadium Negara.

Saya ni tak berapa gemar menonton konsert. Tapi bila terbaca tentang berita ni, hati saya melonjak-lonjak untuk melihat sendiri persembahan secara langsung penyanyi lagu ' You and IBoth' ini..

Masih segar di ingatan saya sewaktu saya di Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) pada akhir 2003, lagu 'You and I Both' menjadi kegilaan budak2 matrik waktu tu. Serentak dengan lagu 'Ka-ching' dari Shania Twain. Sampaikan roomate saya, Faizlin, sanggup ke pekan Alor Setar untuk dapatkan album Shania Twain. (Indahnya memori saya di KMK.. Huhu..)

Jason Mraz muncul lagi pertengahan tahun lepas (2008) dengan lagu hitz 'Im Yours' dan keluar lagi hujung tahun 2008 dengan single 'Lucky'.

Hmm.. Nak tau tak?? Lagu 'Lucky' merupakan santapan halwa telinga sesiapa sahaja yang menelefon saya now ni. Caller Ringtone dari Maxis. Hehe... Ringtone handphone pun lagu 'Lucky'.. Memang minat habis!

Boleh dikatakan buat masa ni, saya memang tengah minat gile dengan Jason Mraz.. Suara dia unik, lemak berkrim disukai ramai.. Hihihi.. Dia pulak nak datang KL.. Bagus sangat lah tu.. Hihi..

Kalau harga tiket konsert Jason Mraz ni nanti tak melampau sangat dan affordable, mungkin saya akan pergi tengok konsert ni.

Nak ajak siapa ye..
Anum? Dia keje..
Raul? Dia keje gak..
Ajak siapa ek??

4 Mac 2009 tu jatuh pada hari Rabu la. Saya pun keje. Tapi, konsert mesti la buat malam kan? Hmm.. Nanti lah pk nak bawak sape..

0 constructive comments: